zwani.com myspace graphic comments
Hello graphics
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
zwani.com myspace graphic comments
www.TwitterBackgrounds.org

Ahad, 28 Disember 2014

PESAWAT AIRASIA QZ8501 DILAPORKAN TERHEMPAS DI PERAIRAN BELINTUNG INDONESIA??

5:46PM / AHAD / 28DISEMBER







Isu banjir belum selesai skang dah timbul isu baru pulak. Saat2 akhir mengakhiri tahun 2014 kita digemparkn pula isu pesawat airasia QZ8501. Thn 2014 memang byk dugaan y perlu ditempuhi oleh rkyat Malaysia.
Carian Kebangsaan dan Agensi Penyelamat Republik Indonesia berkata pihaknya menerima laporan bahawa Penerbangan Pesawat Airbus 320 Air Asia dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan pada 06:17 (Barat Indonesia Masa) 05:17 waktu Malaysia di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.Difahamkan terdapat seramai 155 penumpang berada dalam pesawat AirAsia ini. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Pesawat membawa 155 penumpang dan anak kapal itu (130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi) berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Dilaporkan seorang daripada penumpang ialah rakyat Malaysia.
Statement dari airasia mengenai kehilangan pesawat QZ8501




Punca Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang Ketua Jeneral Perhubungan Udara Indonesia (PUI), Djoko Murjatmojo memberitahu pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah meminta 'penukaran jalur penerbangan' untuk mengelak awan sejurus sebelum ia hilang. “Ketika itu, pesawat yang terbang pada ketinggian 32,000 kaki melintasi Laut Jawa berhubung dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki. “Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih terlihat dalam radar namun pada 6.17 pagi, ia hilang dari pemantauan ATC. Bermula jam 6.18 pagi, yang kelihatan hanyalah jejak laluan penerbangan,” ujar Djoko dalam sebuah sidang media tergempar berkenaan kehilangan pesawat tersebut. Pihak ATC pada jam 7.08 pagi menunggu lagi sehingga 20 minit, kemudiannya untuk mengesahkan kehilangan pesawat berkenaan. 

Fakta Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang 

Jenis pesawat: Airbus A320 
Pendaftaran: PK - AXC 
Laluan: Surabaya-Singapura 
No Penerbangan: QZ 8501 
Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan) Komposisi Kru: Kapten: Iriyanto 
Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel 
Atendan: Wanti Setiawati 
Khairunisa Haidar Fauzi 
Oscar Desano 
Wismoyo Ari Prambudi 
Jurutera: Saiful Rakhmad 
Komposisi penumpang : 138 
dewasa : 16 
kanak-kanak : 1 bayi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan